GRO seksi skirt paras punggung dicekup


klik sini

PETALING JAYA - Seramai 21 Pegawai Khidmat Pelanggan (GRO) warga Vietnam dan Indonesia yang memakai skirt paras punggung di sebuah pusat hiburan karaoke di Sunway Mentari di sini dicekup polis semalam.

Menurut Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, pusat hiburan itu diserbu selepas mendapat maklumat mengatakan premis tersebut mengupah wanita-wanita warga asing sebagai pelayan.

Selain itu, risikan polis juga percaya GRO terbabit bukan sahaja melayan pelanggan menyanyi malah memberi khidmat seks.

"Premis tersebut pernah diserbu sebanyak tiga kali tahun lalu.
"Kesalahan yang dilakukan adalah mengupah pekerja asing yang tidak mempunyai permit sah kerana siasatan polis mendapati mereka memegang pas lawatan sosial dan menjual ubat kuat," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...